“Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke jiwa..
Bermulanya
sebuah cerita… dari suryakanta sebuah kamera…”
Renzu – kata nama Jepun yang memberi maksud lensa mempunyai
signifikannya yang tersendiri buat kami. Dari lensa inilah kami bercerita mengenai emosi… suka, duka, kasih, rindu dan
semangat seorang insani. Bagaikan mata yang melontar kata… menusuk ke dalam jiwa yang menatap setulusnya…
Alangkah ruginya jika segala pengkisahan hidup tidak dirakam sebagai
ikhtisar memori kala bersama atau sekadar imbasan nostalgia buat generasi di hari muka….
Kerana itu, mengambil aspirasi Jepun yang mengutamakan kualiti,
kami juga ingin menjadikan kualiti sebagai asas dalam menjadikan setiap detik perubahan kehidupan itu kepada sebuah momento
abadi… dan kesemuanya terangkum dalam gambar digital sebagai sebuah koleksi…